Mendapat band 6 dalam MUET adalah idaman semua pelajar. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pelajar terutamanya yang datang bukan dari aliran Inggeris, untuk mendapat band 6 dalam MUET sememangnya agak sukar.Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan bagaimana untuk menambahbaik penguasaan anda dalam bahasa inggeris. Antaranya ialah:
- Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa inggeris, bukan hanya untuk peperiksaan MUET tetapi untuk keseronokan membaca dan menambahbaik penguasaan bahasa inggeris anda.
- Biasakan bertutur dalam bahasa inggeris untuk meningkatkan konfiden dan supaya anda boleh bercakap dengan lebih jelas. Walaupun sukar jangan mengalah dan jangan malu kerana lama kelamaan penguasaan anda akan menjadi lebih baik.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
- Cuba sertai seberapa banyak pertandingan dalam Bahasa Inggeris seperti UNSW (University of New South
Wales) International Competitions for Schools, English. Tujuannya untuk menilai penguasaan anda dalam bahasa inggeris. Sekiranya penguasaan anda rendah, maka anda boleh berusaha untuk memperbaiki lagi bahasa inggeris anda.
- Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar seperti pertandingan debat, pengucapan awam, forum dan sebagainya kerana aktiviti-aktiviti sebegini dapat membantu anda meningkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris.
0 Comments